MY RANDOM ACT OF KINDNESS
Assalamualaikum w.b.t.....Hai kawan-kawan!! ^_^. Bertemu lagi kita dalam website ini. Hari ni saya ingin berkongsi tentang Random Act of Kindness yang saya lakukan di maktab ini. Perbuatan ini akan memberi galakan kepada kawan-kawan semua agar lebih bersikap positif dan mengamalkan sikap tolong menolong dalam diri. INILAH RAKS SAYA !!!....
 |
saya membantu guru homeroom saya mop lantai. Hal ini kerana lantai bengkel Miss Chin sangat kotor.sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai murid untuk membantu guru. |
 |
Dalam gambar ini,saya sedang menyapu lantai bengkel Miss Chin. Waktu ni saya pergi ke bengkel Miss untuk bertanya tugasan KH tapi bengkel miss berhabuk.Jadi saya membantu miss untuk menyapu kerana miss kelihatan penat. |
 |
saya sedang membasuh bekas makanan yang bertaburan di atas singki bengkel. Lagipun waktu tu miss penat selepas seharian bekerja. Ingat kerja guru senang ke???hehehe
|
 |
saya sedang menyusun kerusi di bengkel...pelajar yang duduk d situ tak reti nak susun kerusi kut..hehehe...lepas duduk pandailah susun balik kan. |
 |
banyak kan projek KH di atas meja tu. Berhambur sangat. Sampai pening miss tak tau nak susun macam mana. Jdi untuk meringankan lagi beban miss, saya tolong lah...heheheh |
 |
disini,saya sedang menyusun peralatan bengkel. ALAMAKKK!!..kawan-kawan,saya terlupa nak pakai sarung tangan semasa menyusun peralatan yang tajam...kawan-kawan jangan lupa pakai sarung tangan ya...nanti terluka...WARNING |
 |
Saya sedang membersihkan peralatan di bengkel. Setelah sebulan cuti raya, bengkel dan peralatan miss sangat berhabuk..nanti akan cepat rosak atau berkarat...jadi saya bersihkan untuk manfaat kita bersama. |
 |
saya sedang mengutip sampah yang ada di lantai...kalau saya tidak kutip,bengkel miss akan dipenuhi sampahhh😫...jadi,rajin-rajin kan lah diri tu untuk kutip sampah yee.. |
 |
saya sedang menyusun buku-buku teks lama di atas meja.Buku-buku di situ tidak disusun dengan baik...saya tolonglah...hehehe,,,macam librarian pula.. |
 |
pada gambar terakhir,saya sedang mengelap meja yang dipenuhi dengan kotoran disebabkan projek yang melibatkan kayu dan lain-lain...
SELAMAT MELAKUKAN PERKARA BAIK....^_^
DAN INGAT KAWAN-KAWAN, MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN ITU MESTILAH IKHLAS DAN NIAT UNTUK MENOLONG..JANGANLAH KITA MENGHARAPKAN BALASAN...KITA MENOLONG KERANA ALLAH S.W.T. BUKAN BALASAN SEMATA-MATA..
TERIMA KASIH,SELAMAT BERJUMPA DI BLOG SETERUSNYA ^_^ |
Comments
Post a Comment